aku benci!!!

berapa lama lagi aku perlu simpan?
tapi aku tak mahu mungkir janji pada diri sendiri.
tapi semakin aku simpan, ia semakin dalam,
menjadi pencinta dan dicinta oleh dua insan yang berbeza itu parah,
pilihannya mahu terluka atau mahu melukai?
tak sanggup terluka lagi,
dan tak sanggup juga melukai...

semakin parah bila aku tak luahkannya keluar dari hati,
tapi lebih parah andai luahan itu tak sampai ke hati itu,

bukan niat mencari cinta,
kerana usia masih muda,
tapi jika ia datang sendiri bertapa,
apa diri ini masih dipersalahkan?

yang dicinta itu pernah tunjuk rasa kasihnya,
tapi tak pernah terlafaz,
yang mencinta itu tak pernahku merasa kasih,
tetapi muncul sendiri melafaz kasihnya...

terdengar hati jatuh berkecai,
saat melihat yang dicinta mungkin kasih pada insan lain,
terasa hati ini tertusuk...

bukan ku mahu berjiwang-jiwang,
kerana itu bukan gayaku,
tapi rasa ini benar terjadi dan aku coretkan dalam sebuah coretan ini,
bahasa puitis bukan kerana jiwang,
tapi kerana diri suka meluah menjadi puitis,

aku coretkan buat siapa yang mengerti maksudku...
ya...kamu....

Comments

Popular Posts