Aku...Bunga kertas


Aku yang Biasa
aku,dengan gaya aku,
tersangatlah biasa,
orang pun tak pandang,
sekadar cukup aku selesa pakai,
aku senang hati,
sekadar bertshirt dan jeans
tudung bawal selepang ke tepi,
kasut sandal.
dah cukup,
tiada tas tangan atau kaca mata 
bukan tak ada pakaian yang lain cuma aku lebih selesa begitu,
mungkin juga kerana diri terlalu...
takut...kurang keyakinan diri,
entahlah,
setiap kali teringin juga aku menjadi seperti mereka,
tapi jiwa tak benarkan
kerana...entahlah sifat ini jadi bebal
buat diri rasa terlalu kosong
tiada istimewa
kerana terlalu biasa....
memang tidak padan jika dibanding
seperti bunga kertas dengan bunga matahari
bunga kertas yang kosong,tiada menarik
dan bunga matahari 
yang menyerlah,cantik dipandang
sungguh...memang aku macam bunga kertas yang memandang bunga matahari
sambil bermonolog 
bilalah aku mahu jadi bunga matahari?
ah...kan itu monolog 
tak tahu aku merealisikannya
jadi beginalah...terus menerus menjadi bunga kertas
yang biasa ,kosong...
ya....aku....
aku
mereka 

Comments

Popular Posts