HENSHIN

Sudah lama aku di sini,
kancah yang penuh dengan noda,
sudah tiba masa aku berlari,
biar tercungap,
kerana aku tak sanggup lagi,
tak sanggup membiarkan debu di hati... hati yang lama aku tinggalkan,
aku terima jika itu takdirnya,
aku terima jika perlu aku kejar senja yang semakin gelap,
demi melepaskan diri dari kancah yang gelap,
aku akan biarkan kisah lalu menjadi hujan-hujan,
yang bakal tinggalkan embun,
aku akan biarkan hati penuh debu ini hapus pupus,
kerana aku telah berjanji,
dulu,aku langgar perjanjian itu,
kini tiba masanya aku tebus kembali,

ya,aku sudah bersedia mengejar Kamu,
ya,aku sudah tekad untuk mengabdikan diri ini,
ya,aku sudah bersedia memberi sepenuh kasih ini kepadaMu,
ya,aku mahu Kembali...



love,
Pae.

Comments

Popular Posts