Trio Si Gila-gila yang Semakin sepi

Ada satu waktu itu kita bertiga digelar 'trio si gila-gila'
kerana kegila-gilaan trio ini,
di mana pun perginya pasti sentiasa bertiga,
gila-gila bukanlah gedik,mengada-ngada,
cuma trio yang sangat-sangat bahagia dan bingit ceria,
tapi setelah waktu itu pergi,
dan muncul waktu baru,
trio ini masih bersama cumanya,
gelak tawa itu semakin hilang,
semakin hari semakin hilang ceria di mata,
entah mengapa tertinggalnya gelak  tawa,
senyuman,
bingitan suara ceria,
hilang dan pergi,

aku rindukan saat,gila-gila kita bersama,
aku rindukan gelaran trio si gila-gila itu,
tapi mengapa kalian seperti menjauh,
kemudian pergi, dan terus hilang,
di mana salahnya langkah kita sehingga trio iru pupus begitu sahaja,

Kita bertiga,trio,
bukanlah sahabat,
tapi sudah lebih daripada adik-beradik,
sepanjang waktu itu,
tak ada langsung terlintas akan pupusnya trio ini,
aku harap kalian tak pergi tinggalkan aku,
aku tak mahu daripada trio jadi solo,
biarpun kita jauh,trio ini harus kita kekalkan...
aku rindu kalian,
si gila-gila....

Comments

Popular Posts