Simpan
Ada rahsia disebalik hati,
disebalik senyuman,
tawa,
tangisan...
Dalam senyuman mungkin ada rasa
rindu,
gembira,
pasrah,
dalam tawa mungkin ada rasa
resah,
teruja,
pilu,
dalam tangisan mungkin ada rasa
sayu,
terharu,
sedih,
tak punya eksperasi untuk luahkan semua rasa itu,
tapi punya hati untuk simpan rasa hati itu,
bukan dia tak mahu luahkan tapi tak punya tempat,
di mana mahunya dia lontarkan butir-butir rasa sayang,sedih,resah...
tibanya satu saat,
diri mula hasut hati suruh pendam rahsia,
simpannya buat koleksi rahsia,
bila mulut sudah mahu bicara hati dan otak mula berperang,
hati kata ayuh!
tapi otak kata jangan!
mulut tak mahu ikut kata hati,
ia diam,
entah bila mulut mahu buka, bicarakannya,
lalu terkubulah ia menjadi rahsia hati.
Simpan...
Comments
Post a Comment