TIKUS MAKMAL 99
Kelahiran tahun 1999,
Kelahiran yang 'istimewa' dipilih,
Kelahiran yang kononnya segenius tahap Albert Einstein,
Tapi bagi mereka,mereka hanya dijadikan bahan eksperimen,
3 tahun 'dijinak' dengan satu sistem yang kononnya sistem terbaik,
3 kali jenis pentaksiran ditukar,
4 bulan sebelumnya diberi format baharu,
Setelah hampir 3 tahun belajar 'itu' tapi akhirnya 'ini' yang disoal bukan 'itu',
Langsung tak sama,
2 pula kerja khusus dalam tempoh 2 minggu,
2 pula lagi secara lisan,
Aduan,keluhan sudah banyak dilempar,
Tapi...
Langsung tiada perubahan,
Kelahiran tahun 1999 hanya redha dan bertawakal,
Setiap SEKOLAH ,LAIN soalan,
Nampakkah keadilan di situ?
Tiba harinya ,13 Oktober,
Berbekalkan ilmu baharu,format baharu,soalan baharu yang diberi 4 bulan sebelum hari itu,
Dalam otak mereka, hanya mahu merdeka dari 'eksperimen' ini,
Mereka berperang habis-habisan,
Sudah seperti tikus yang diberi specimen,
Hanya mampu berharap tuah,
Mereka selepas itu hanya mampu berharap gred peratusan diturunkan,
Bila tiba hari keputusan,
Diumumkan gred peratusan langsung tak turun,malah lebih tinggi dari yang disangka,
Ini yang mereka dapat...
Berapa yang cemerlang?
Adalah dalam 1%,
Yang lain,hanya mampu meraung,memikirkan cerahkan masa depan mereka,
Apa yang mereka dapat?
Airmata,keluhan,
Seksaan selama 3 tahun,
Itulah kisah TIKUS MAKMAL99,
iaitu, anak-anak kelahiran tahun 1999,
Juga penulis ini,aku...
Comments
Post a Comment