DUA KOSONG SATU LIMA
Dua kosong satu lima
Bermulanya satu permulaan baru,detik baru,
Dua kosong satu empat sudah pergi tinggalkan kita,
empat angka itu yang membawa kita mengembara,
Mencipta suka dan duka,
Suka yang beri kesyukuran,
Duka yang beri keinsafan dan pengajaran,
memberi semangat 'kau boleh pergi jauh lagi',
Menolak kita untuk bertemu dua kosong satu lima,
Dengan harapan kau buka buku baharu,
dan mengarang lebih hebat dari sebelumnya,
Semoga dua kosong satu lima beri kau bahagia,
Jangan lupa dua kosong satu empatlah yang bawa kau ke sini,
Kita buka buku baru,simpan buku lama,
Jangan biar ia berhabuk,duduk sejenak,kenangkannya...
Selamat datang 2015
dan selamat tinggal 2014... -----------------------------
Aku sebenarnya tak tahu apa yang aku mahu tulis,
Inilah hasil contengan yang kukira agak janggal dan huduh,contengan kelam kabut sebenarnya...
Comments
Post a Comment