Madah sampah
Tiga hari sudah cukup buat aku gila bayang,
Kalau lebih dari tiga hari entah apa jadi
Kalaulah aku boleh undur balik masa,
Kalaulah aku boleh tarik balik kata-kata aku,
Kalaulah aku boleh minta peluang kedua,
Kalaulah di masih boleh terima aku,
Kalau..kalau..itu kalau,
Sekarang nyata, tiada lagi kalau,
Peribadinya belum cukup aku kenal,
Tapi sepanjang aku kenal dia,
Sudah cukup aku jatuh cinta dengan peribadinya,
Bukan mudah mencari seseorang seperti dia,
Aku yang silap langkah, aku fikir dia tak serius,
Aku silap...bodonya...sampahnya
Sebelum ini aku pernah disakiti tapi tak sesakit ini,
Disakiti tak pedih mana pun,
Kekesalan yang sangat pedih,
Pedih hingga buat pipi aku basah untuk pertama kali,
Pipi aku tak pernah basah sebab ini,
Tapi kenapa dengan dia pipi aku basah,
Orang kata,...ubah,berubah,hijrah..
Tapi aku tak nak,
Aku masih mahu di sini,
Menanti peluang kedua yang sampah,
Terus dan tetap menyayangi hingga aku sendiri letih,
Dia yang buat aku jadi begini,
Jadi seorang yang tak henti-henti bermadah sampah,
Aku gila, gila, gila....
Biar aku begini...ini yang mahu lihat kan?
Arhghhhh apa yang aku kata ini?
Kenapa aku jadi begini?
Tak .Dia tak salah, yang salah aku, aku bodoh , aku bodoh jadi yang antonim dari sifat aku...sedangkan sifat itu memang aku ada tapi kenapa jadi begini?
Ya Allah...
Biarlah kebenarannya dia tak tahu, biarlah aku terus sakit sebegini...
Biar....
Comments
Post a Comment