Kekasih Tiriku PT3

ish!!!
saya rimaslah dengan awak ni!
menyusahkan,menyakitkan dan semualah...
kenapa ke mana-mana saya pergi mesti orang akan sebut pasal awak?
saya rimas tau!
saya tak pernah minta kita dipertemukan,
tapi tuhan dah takdirkan pertemuan kita,
saya akan tetap bertemu dengan awak...
13 oktober ni pertemuan utama kita,
hari paling penting bagi saya,
hari yang akan menentukan hidup saya selepas ni,
saya perlu bersedia untuk menghadapi awak,
walaupun hati kata tak nak,
mulut menyumpah awak,
tetapi takdir akan tetap menemukan kita...
awak tahu tak,
saya dah buat persediaan untuk hadapi awak,
siang malam saya bertungkus lumus,
makan pun dah tak menentu,
tidur lagilah,
memang saya merungut sebab awak,
tapi, semua cakap awak sangat penting buat masa sekarang,
awaklah yang akan tentukan cabang hidup saya lepas ni,
saya harap 13 oktober ni ,
saya dapat hadapi awak dengan tenang ,
walau apa pun yang terjadi ,
saya akan usahakan yang terbaik untuk awak...wahai kekasih tiriku PT3

Nukilan:
Sayahambaallah

Comments

Popular Posts