Cerpen 1

Hi guys,ni saya ada buat cerpen...sudi-sudikan dirilah utkbaca ye..
actually vcerpen berdasarkan kisah benar hidup say cuma yg kematian ibu tu je tokok tambah

Al-Fatihah Buat Ibu
S
ebutir demi sebutir airmataku jatuh membasahi baju terakhir yang dipakai oleh arwah ibuku Norsiah Binti Ishak.Kuburnya masih merah saat aku melawat petang tadi.Walaupun aku tinggal dengan keluarga angkatku lebih lama berbanding aku tinggal bersama ibu kandungku,namun ia tidak dapat menahan air mataku mengalir saat kematian ibuku.Pintu bilikku dikuak dan kelihatan mak yang merupakan ibu angkatku mendekatiku.
“Sara,dahla tu.Janganlah menangis.Kalau dia tengok Sara menangis atas  kematian dia,dia pasti rasa bersalah.Kita kena kuatkan semangat kita untuk terus hidup.Allah lebih sayangkan ibu Sara.”Mak memujuk aku supaya jangan bersedih tapi airmataku masih mengalir.
            “Sara tahu mak.Tapi Sara tak boleh nak tahan air mata ni.Sara sedih sangat.Sara sedih sebab Sara tak dapat bersama-sama ibu semasa dia masih hidup.”aku menjawab sambil airmataku deras mengalir.
            “Allah lebih sayangkan ibu Sara.Jadi Sara kenalah doakan dia supaya dia di tempatkan dalam orang-orang yang beriman bukan menangis macam ni.Banyakkan buat solat sunat Insahaalah Sara akan lebih bersemangat.”Mak memberiku nasihat sambil mengelap airmataku.
            “Terima kasih mak.Sara sayangkan mak.”Lantas aku memeluk mak.Aku rasa bersyukur kerana Allah memberikan aku seorang lagi ibu yang sangat penyanyang.Betul kata orang, setiap kejadian ada hikmahnya.
            “Dah puas peluk mak?”Mak cuba berjenaka denganku.
            “Tak puas lagi la.Kejap,1,2,3…Ok  dah puas”lantas aku melepaskan pelukan aku itu sambil ketawa.
            “Mak keluar solat dulu ya.Ingat jangan nangis-nangis.Solat banyak-banyak tau”kata mak sambil tersenyum.Aku bingkas bangun dari birai katil dan mengambil wuduk untuk solat isyak dan solat sunat.  
            Selesai solat aku membacakan surah Yasin buat arwah ibuku.Aku berdoa semoga dia aman di sana.Aku teringat kembali saat ibu dikafankan pagi tadi,wajahnya benar-benar bersih.Ibu sangat cantik pada waktu itu.Pantas airmataku mengalir  mengenangkan arwah ibu.
            Masih aku ingat semasa aku tinggal bersama keluarga kandungku.Kehidupan keluargaku amat susah.Bak kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ayah hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan tapi kerjanya tak tetap.Ibu pula hanya suri rumah tangga tapi disebabkan masalah kewangan ibu  terpaksa mengambil upah bekerja di kedai makan demi menyara kehidupan kami 5 beradik.Sewaktu itu aku hanya berusia 4 tahun dan aku tidak tahu apa-apa lagi tetapi aku sudah diajar untuk berdikari.
            Ibu dan ayah selalu tiada di rumah jadi kamilah yang akan menguruskan kehidupan kami seharian.Ibu pernah berkata “Jangan harapkan orang buatkan kita kerja,kita yang buat kerja sendiri jangan bergatung pada orang nanti susah”.Walaupun aku berusia 4 tahun pada waktu itu namun aku masih ingat dan faham maksud ibu.Kata-kata itu akan aku pegang sampai bila-bila.
************
            Aku baru sahaja selesai mandi.Aku duduk sejenak di atas katil dan merenung gambar-gambar aku dan keluarga angkatku.Aku sayang mereka sama seperti aku sayang keluarga kandungku.Merekalah yang membesarkan aku dan memberikan pendidikan padaku.Kerana merekalah aku hidup serba cukup sekarang.
Mengimbau kembali kisahku pada pertama kali aku dengan keluarga angkatku.Aku dibela oleh keluarga angkatku sejak aku berumur 4 tahun bererti sudah 11 tahun aku tinggal bersama mereka. Nasib aku sama seperti kakak keduaku yang juga dibela oleh keluarga angkatnya.Kehidupan aku benar-benar berubah setelah tinggal dengan keluarga angkatku,semestinya kehidupan aku lebih mewah dari sebelumnya namun aku tidak pernah lupa asal usul aku.
Apa sahaja yang aku mahu pasti akan dituruti.Kadang-kadang peranga dan permintaanku melampau tanpa aku sedari.Sebagai seorang manusia,kita pasti tidak dapat lari dari kesalahan.Aku semakin meningkat dewasa dan semakin jauh dengan keluarga kandungku yang berpindah ke Baling,Kedah.
Aku semakin meningkat dewasa tanpa aku sedari aku sudah menjejaki alam persekolahan.Sepanjang persekolahanku tiada siapa yang mengetahui bahawa keluargaku itu bukan keluarga kandungku.Setelah mereka mengetahui nama ayah angkatku baru mereka perasan aku berbintikan Jamaludin dan bukannya Ahmad yang merupakan ayah angkatku.Aku tidak rasa malu untuk menceritakan kisah hidup aku yang sebenar.
Pernah rakanku menanya “Kau tak rasa lain dan bersalahkah tak tinggal dengan mak ayah kandung kau?”walau soalan itu perit untuk dijawab namun setiap kali aku menjawab soalan seperti itu pasti aku akan tersenyum dan berkata “Tuhan dah tentukan,aku tak boleh buat apa-apa.Tapi sepanjang aku tinggal dengan keluarga angkat aku,aku bahagia tapi aku takkan lupa mak ayah kandung aku.”
Mereka tidak tahu apa yang aku rasa kerana mereka tidak merasainya cuba kalau mereka di tempat aku?Aku sentiasa dalam dilema setiap kali memikirkan jawapan yang tepat untuk soalan itu.Aku sudah tinggal lama dengan keluarga angkatku dan kasih sayangku sama seperti kasih sayangku terhadap keluarga kandungku.Kekadang aku akan menangis memikirkan nasib keluarga kandungku dan kekadang aku rasa lebih sayang keluarga angkatku berbanding keluarga kandungku.
Jujur aku katakan,aku pernah rasa kekok semasa berjumpa dengan keluarga kandungku setelah lama kami tidak berjumpa.Tapi mak selalu berpesan “Mereka tetap keluarga Sara apa pun yang jadi” kepadaku.Itulah yang aku akan ingat sepanjang hidup aku.
 *************
            “Sara,ayah Sara kena tangkap polis tadi,Kak Ana baru dapat tahu tadi.”aku terkedu mendengar kata-kata kakak angkatku itu.
            “Ha!!!Bila kak?Ibu Sara macam mana sekarang”aku pasntas menanya.
            “Sabar dik…Tadi ibu Sara telefon dan bagitahu tentang perkara tu.Dia kata dia baik sahaja.Dia tak mahu Sara fikir banyak-banyak tentang perkara ini.”Kak Ana cuba menenangkan aku sambil memelukku.
Semasa aku berusia 10 tahun,aku dikhabarkan bahawa ayahku dipenjara kerana disyaki mengambil dadah.Aku mula memikirkan nasib ibuku yang hendak menyara kakak dan adik-adikku.Namun aku tidak boleh memberi apa-apa pertolongan kerana aku sendiri bergantung pada keluargaku.Hanya doa sahaja yang dapat aku berikan.
            Masih aku ingat aku pernah diejek ‘anak banduan’ oleh rakan sekolahku semasa berumur 10 tahun.Namun,aku tidak menghiraukan ejekan itu malah ia memberi semangat kepadaku.Aku pun tidak tahu bagaimana mereka tahu tentang perkara itu.Setahu aku,aku hanya memberitahu kepada rakan baikku sahaja.Setiap hari aku akan berdoa semoga ayahku akan dibebaskan.
            Keadaan keluarga kandungku kini semakin tidak terurus.Kata mak keluarga aku kini sering berpindah dan ibu kerja siang malam.Adik-adikku pula ada yang tidak bersekolah kerana masalah kewangan.Tetapi mak tidak tahu di mana mereka sekarang.Aku berharap bahawa aku dapat menolong mereka dengan doa.Sejak peristiwa itu aku selalu memasang niat tinggi,apabila aku sudah bekerja kelak aku ingin membantu ibuku yang hidup susah kerana pada waktu itu aku sudah tidak bergantung pada sesiapa.
                                                                        ************
            Ibu menghidap ketumbuhan di otak tahap kritikal.Sebenarnya ibu sudah lama mengetahui tentang keadaannya namun dia tidak mempunyai wang untuk membiayai pembedahan.Ibu mengambil keputusan untuk berahsia tentang keadaannya.Alhamdulillah hasil sumbangan pembiayaan pembedahan,ibu dapat membuat pembedahan dan rawatan lanjut.Doktor memaklumkan walaupun pembedahan dilakukan harapan ibu untuk hidup sangat tipis.Namun pembedahan tetap diteruskan dengan harapan ibu akan pulih segera.
            Tapi Allah lebih sayangkan ibu,ibu pergi meninggalkan kami dahulu.Walau hati berat untuk melepaskan ibu tapi apakan daya,aku hanya seorang manusia.
            Aku masih sempat bersama ibu sebelum dia meninggal.Ketika itu dia menghubungi aku dan memberitahu bahawa dia akan dibedah pada hari esok.Selepas mendapat tahu perkara itu,aku cepat-cepat memberitahu keluarga angkatku.
            Pembedahan itu berjaya pada mulanya namun ibu hanya dapat bertahan dalam beberapa hari sahaja.Saat itu barulah aku tahu bahawa ibu menghidap ketumbuhan.Semasa ibu tenat aku sempat bersamanya.Aku juga sempat menemaninya di hospital  dan keesokan harinya ibu meninggal.
Masih terngiang-ngiang kata-kata terakhir ibu sebelum menutup matanya,ibu sempat berpesan “Ibu sayang kak chik tau.Ibu minta maaf tak dapat jaga kak chik dengan baik.Jadi anak yang baik tau nanti.Ibu sayang kak chik sangat-sangat…”itulah kata terakhir ibuku sambil dia mencium pipiku.Mungkin ibu rindu akan raut wajahku dan itulah kucupan terakhir ibu buatku.
                                                            ************
Dikhabarkan kakak kandungku Kak Ilah sekarang sudah bekerja sebagai seorang jururawat dan dia mengambil keputusan untuk menjaga adik-adik.Dia juga merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.Aku rasa gembira sekali.
Walaupun ibu sudah meninggal sebulan yang lalu,namun aku masih melawat kuburnya.Petang itu aku membacakan surah yasin  untuk ibu di kubur ditemani oleh kakak angkatku.
Aku menabur bunga di pusara ibu dan duduk di tepi pusara ibu.
“Ibu,Sara balik dulu ya.Nanti Sara datang lagi.Sara doakan ibu aman di sana.Sara minta maaf sebab Sara tak dapat beri apa-apa pada ibu sebelum ibu meninggal.Apa yang Sara dapat berikan ibu ialah doa dan Surah Al Fatihah buat ibu….”sejurus itu aku membacakan Al Fatihah buat ibu dan pulang ke rumah bersama kakakku.
Semoga ibu aman di sana…..Terimalah Al Fatihah buat ibu….

-Tamat-

Comments

Popular Posts